Sekali lagi sejarah bakal dicipta, di bawah geran Yayasan Penyelidikan Antartika Sultan Mizan (YPASM) dan Kementerian Sains dan Teknologi (MOSTI) seramai 8 orang saintis telah terpilih untuk menyertai misi penyelidikan ke benua Artantika dan Antartik.

Program ini merupakan ekpedisi pelayaran pertama yang dianjurkan oleh YPASM dan MOSTI melibatkan kumpulan saintis dari beberapa institut pengajian tinggi dengan pelbagai latar belakang. Skop penyelidikan ke Antartika merangkumi pelbagai bidang termasuk sains biologi, sains ekologi, kimia atmosfera, sains bumi, sains astronomi dan sains astro fizik. Kumpulan misi penyelidikan ini diketuai oleh saya,Dr Mohamad Huzaimy Jusoh dari Fakulti Kejuruteraan Elektrik Uitm Shah Alam. Manakala timbalan ketua penyelidikan Dr Foong Swee Yeok dari Universiti Sains Malaysia. Ekspedisi penyelidikan ini mengambil masa selama 33 hari bermula pada 13 Januari 2016 sehingga 14 Februari 2016.

“Dialah Yang menjadikan bumi itu mudah bagi kamu, maka berjalanlah di segala penjurunya dan makanlah sebahagian dari rezki-Nya. Dan hanya kepada-Nyalah kamu(kembali setelah) dibangkitkan” [Surah Al-Mulk:15].